16 SEPT : Tong air zam-zam kembali diletakkan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi setelah dua tahun disimpan ekoran pandemik COVID-19.
Contoh air Zam-Zam juga diuji setiap hari menggunakan teknologi terkini untuk memastikan air zam-zam dalam tong terbabit selamat untuk diminum dan bebas daripada pencemaran.
Sistem terkini dimanfaatkan menggunakan sinaran ultra ungu bagi membunuh bakteria dan virus jika terdapat dalam air zam-zam.
Tong air zam-zam sebelum ini mula dikeluarkan dari kedua-dua Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sejak bermulanya penularan COVID-19 pada awal 2020.