16 SEPT : Tindakan Korea Utara (DPRK) melancarkan peluru berpandu jarak jauh awal minggu di kecam oleh Amerika Syarikat (AS) yang mendakwa pelancaran peluru berpandu tersebut melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price berkata, tindakan negara tersebut menimbulkan ancaman terhadap negara jiran serta komuniti antarabangsa.
“AS mengutuk pelancaran peluru berpandu DPRK yang melanggar beberapa ketetapan Majlis Keselamatan PBB dan menimbulkan ancaman kepada jiran DPRK termasuk anggota masyarakat antarabangsa yang lain.
“Kami komited untuk menggunakan pendekatan diplomatik terhadap DPRK dan kami meminta DPRK untuk terlibat dalam dialog yang bermakna dengan kami.
“AS tidak mempunyai niat memusuhi DPRK dan apa yang mereka ingin lakukan adalah mengurangkan ancaman terhadap negaranya serta negara sekutu di rantau berkenaan Korea Selatan dan Jepun,” tegasnya.
Pada 13 September, Korea Utara umum mereka berjaya menguji peluru berpandu jarak jauh baharu dalam satu pengumuman.
Peluru berpandu itu terbang selama lebih 7,500 saat atau sekitar 2 jam di atas ruang udara Korea Utara dan mengenai sasaran pada jarak 1,500 kilometer.