nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Nik Abduh wakafkan dirinya untuk agenda perpaduan ummah

16 SEPT: Semua pemimpin PAS dan UMNO perlu berhenti menunjukkan kuasa masing-masing demi menjayakan agenda perpaduan ummah yang dibentuk menerusi gabungan Muafakat Nasional (MN) yang ditubuhkan kira-kira 2 tahun lalu.

Berikutan itu Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata beliau kini mewakafkan dirinya untuk menjaya penyatuan ummah bukan hanya dalam kalangan ahli parti itu sahaja malah, seluruh umat Islam di Malaysia.

Nik Mohamad Abduh berkata pemuafakatan politik antara PAS dan UMNO menerusi MN adalah satu projek besar yang memakan masa dan memerlukan pengorbanan dan tolak ansur kedua-dua belah pihak.

“Walau apa pun alasan UMNO dan PAS, alasan untuk kekal berpecah dan berbalah adalah seburuk-buruk jawaban kepada penyelesaian. Penyakit diubati dengan ubatnya. Degil atau putus asa adalah racun ditambah racun.

“Projek penyatuan umat yang besar ini hakikatnya menuntut kehadiran pahlawan daripada UMNO dan PAS. Saya ulang, pahlawan daripada UMNO dan PAS. Mereka ialah barisan yang memiliki kejelasan, keyakinan, keikhlasan, kesabaran dan pengorbanan.

“Tanpa pahlawan yang hadir daripada kedua-dua pihak, usaha menjadi perlahan dan ditakuti kegendalaannya. Justeru, saya telah wakafkan diri saya untuk projek kesatuan UMNO dan PAS.

“Bukan menjadi satu parti tetapi menjadi satu kekuatan. Bukan menjadi sama kuat tetapi saling kuat menguat di antara kedua-duanya. Itu sudah amat mencukupi. Ia sudah menepati maksud kesatuan umat yang didambakan,” katanya dalam satu hantarannya di Facebook.

Anak kepada bekas Mursyidul Am PAS dan mantan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga menegaskan beliau menzahirkan membuat hantaran berkenaan bukan untuk mendapatkan pujian kerana segala pujian hanya milik Allah SWT.

Sebaliknya Ahli Parlimen Bachok itu menegaskan beliau menulis demi untuk mengajak rakan seperjuangannya dan pahlawan dalam PAS dan UMNO untuk terus istiqamah, bersama menanam dan memugar projek mega dan jihad besar penyatuan umat Islam menerusi gabungan MN berkenaan.

“Sudah pasti saya kerdil. Tetapi saya sudah berbelas tahun memulakannya. Saya bermula dengan keyakinan yang kecil dan ketakutan yang besar. Tetapi lama kelamaan, ia bertukar menjadi keyakinan yang besar dan ketakutan yang kecil.

“Saya berjumpa dan berbincang. Jumpa pemimpin PAS dan pemimpin UMNO. Jumpa para mufti dan tok-tok guru. Jumpa cendekiawan dan profesional. Mula-mula sebagai kenalan. Akhirnya menjadi rakan. Begitulah usaha berbekalkan masa yang  membekalkan kesabaran.

“Saya dimarahi dan dicemuh. Ombak di muka kuala amatlah garang. Tetapi saya mengecapi rasa keterpujian daripada dalam diri. Ia satu perasaan yang hebat. Begitulah masa memberikan saya keyakinan dan kekuatan. Masa itu senjata yang ajaib sekali.

Nik Abduh berkata, UMNO dan PAS adalah sebab perpecahan politik umat dan kedua-duanya juga adalah kekuatan. Tiada kumpulan umat sekuat kedua-dua parti itu.


“PAS dan UMNO amat lama berkelahi. Mengajak kepada perdamaian semacam mengajak kepada perkelahian ke sekian kalinya. Kelahi bertambah lagi kelahinya. Begitulah mata memandang serong dan tajam,” katanya.

Mengulas lanjut, Nik Mohamad Abduh berkata MN adalah belahan hatinya yang dikarangnya semenjak belasan tahun dalam bengisnya dan lemahnya kepada UMNO.

“Karangan bukan sebarang karangan. Ia bungaan di hati yang penuh rasa cinta. PAS adalah pangkalan saya. Di sini saya membina kekuatan dan apabila saya keletihan dan kehabisan, saya akan segera kembali kepada PAS untuk menambah bekalan. PAS penuh dengan para pahlawan di jalan Allah.

“Di seberang sana ada juga pangkalan. Rakan-rakan  saya bergagah di pangkalan UMNO. Jambatan ini dalam pembinaan. Janganlah diruntuhkan oleh angin lalu,” katanya.

Dalam pada itu, Nik Mohamad Abduh menjelaskan punca utama perpecahan umat Islam di Malaysia adalah kerana pelbagai perkara dengan perkara paling ketara adalah kerana perbezaan fahaman politik terutama dalam kalangan antara penyokong PAS dan UMNO.

Tambah, Nik Mohamad Abduh pepecahan itu memberi isyarat jelas bahawa umat berada dalam sakit dan berpenyakit.

“Segagah mana kita berjalan, ia akan terus mengganggu perjalanan dan akhirnya menggendalakannya. Umat akan tersadai dan hanya mampu menanti tibanya pertolongan.

“UMNO dan PAS adalah sebab perpecahan politik umat. Kedua-duanya adalah kekuatan. Tiada kumpulan umat sekuat kedua-duanya. Bekalan kedua-duanya amat banyak dan pahlawan mereka amat ramai. Tiada kumpulan lain seumpama mereka berdua.

“PAS kalah berkali-kali, tetapi kuatnya semakin berkali-kali juga. UMNO untuk pertama kali jatuh besar pada PRU14 lepas, tetapi mampu kembali berkuasa hanya selepas 3 tahun. Ia contoh mudah kekuatan besar yang dimiliki kedua-duanya. Tiada seperti kedua-duanya.

“Malangnya, kedua-duanya saling beradu kekuatan, bukan menyatukan kekuatan. Maka akibat buruknya adalah besar. Ia adalah perpecahan umat yang besar dan telah membantutkan projek besar umat yang dimestikan untuk berjaya.

“Umat yang satu adalah umat yang sihat dan haq. Isinya adalah tauhid, ilmu, ikhlas, amal soleh dan jihad. Manakala umat yang berpecah adalah umat yang sakit dan batil. Ia lompang yang diracuni syirik, jahil, nifaq, fasad dan cinta dunia.

“Sesuatu mesti dilakukan. Penawar mesti diusahakan untuknya. Keruh mesti dibuang. Jernih mesti dikembalikan. Tali Allah mesti dihulurkan. Racun-racun syaitani pula mesti dinyahkan,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.