nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sabah, Sarawak Terima Lebih RM9 bilion Menerusi RMKe-12

16 SEPT: Kerajaan memberi peruntukan sebanyak RM4.66 bilion bagi Sabah serta RM4.47 bilion bagi Sarawak menerusi peruntukan pembangunan di bawah Rolling Plan 1 2021 di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peruntukan pembangunan tersebut akan dibentangkan di Parlimen pada 27 September ini.

“Peruntukan pembangunan ini adalah antara yang tertinggi berbanding negeri lain. Ini adalah bukti komitmen tinggi kerajaan ke arah meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan penduduk di Sabah dan Sarawak,” katanya, dalam Perutusan Perdana Menteri sempena Sambutan Hari Malaysia 2021 di Kota Kinabalu, Sabah, hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Bung Moktar Radin merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Malaysia Tahun 2021 dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Ismail Sabri (tiga dari kiri) pada majlis sambutan Hari Malaysia Tahun 2021 di Kota Kinabalu, Sabah hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan, kerajaan juga akan memperluaskan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2021 hingga 2025 bagi meningkatkan capaian internet berkelajuan tinggi di negara ini khususnya buat Sabah dan Sarawak.

Menurut beliau, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM7.7 bilion bagi tempoh lima tahun iaitu RM3.61 bilion bagi Sabah dan RM4.09 bilion buat Sarawak.

“Ini dilakukan sebagai langkah siap siaga untuk kedua-dua  negeri itu beralih kepada teknologi 5G. JENDELA menjanjikan liputan serta kemudahan internet lebih baik dan meluas, demi manfaat bersama Keluarga Malaysia khususnya di Negeri Di Bawah Bayu dan Bumi Kenyalang. 

“Perkhidmatan ini akan memberi manfaat kepada 3.8 juta penduduk Sabah dan 2.8 juta penduduk di Sarawak. Semoga selepas ini, kita tidak lagi mendengar ada Keluarga Malaysia, yang terpaksa memanjat pokok atau bumbung rumah, untuk mencari capaian internet pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu Perdana Menteri berkata, dengan prinsip ‘Bekerja Bersama Rakyat’, kerajaan akan terus memberi fokus kepada penduduk di Sabah dan Sarawak supaya kemakmuran yang dikecapi pada hari ini dapat dinikmati secara saksama.

“Tumpuan kerajaan pada ketika ini adalah untuk memulihkan sektor ekonomi negara khususnya di Sabah dan Sarawak yang terjejas akibat pandemik.

“Selain itu, infrastruktur dan kemudahan asas turut diberi tumpuan dalam memastikan pembangunan mampan dan seimbang merentasi wilayah. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.