17 SEPT: Kerajaan sudah memberikan 39,685,414 suntikan vaksin COVID-19 kepada penduduk Malaysia setakat semalam.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) berkata, daripada jumlah itu sebanyak 21,783, 871 adalah suntikan dos pertama, manakala 6,472,234 adalah dos kedua.
Ini menjadikan jumlah peratusan populasi penduduk dewasa di Malaysia sudah lengkap divaksin ialah 76.8 peratus, manakala 92.7 peratus menerima satu dos suntikan.
Lembah Klang muncul sebagai negeri tertinggi dalam pemberian vaksin dengan 105 peratus daripada populasi dewasa sudah lengkap divaksinasi, diikuti dengan Labuan 97.7 peratus, Negeri Sembilan 91.1 peratus dan Sarawak 89 peratus.
Tiga negeri yang masih mencatat angka vaksinasi terendah bawah 60 peratus ialah Perak, Sabah dan Kelantan.
Jumlah pemberian vaksin harian semalam ialah 202,209 dos termasuk dos pertama dan kedua di seluruh negara.