17 SEPT: Empat lagi pelancong dikesan positif COVID-19 ketika disaring di pintu masuk udara dan laut ke Langkawi hari ini.
Langkawi merupakan gelembung pelancongan domestik pertama negara yang dibuka kepada pengunjung mulai semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata masing-masing satu kes dikesan di Lapangan Terbang Subang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang manakala dua lagi kes dikesan sebelum menaiki feri di Kuala Perlis.
“Empat kes itu dalam kalangan 3,454 pelancong yang disaring sebelum bertolak ke Langkawi.
“Pelancong wajib lengkap vaksinasi dan menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum bertolak ke Langkawi,” katanya.
Semalam, lima daripada 2,546 pelancong yang disaring, didapati positif COVID-19.