17 SEPT: Jasad bekas Perdana Menteri Korea Utara, Kang Song San disemadikan selepas 15 tahun kematiannya di perkuburan Sinmiri, Pyongyang, Seoul.
Kang menjadi Perdana Menteri dari 1984-1986 dan 1992-1997, lapor Agensi Berita Yonhap memetik Agensi Berita Korea Utara (KCNA) pada Jumaat.
“Satu upacara khas sempena memperingati pejuang negara akan diadakan di perkuburan Sinmiri pada Khamis, termasuk mendiang Kang Song San, yang mengabdikan diri memperjuangkan tanah air dan rakyat,” lapor KCNA.
Song San meninggal dunia pada 2007, tetapi tidak dikebumikan di tanah perkuburan berikutan spekulasi pembelotan menantunya Kang Myong Do pada Mei 1994.
Di sebalik spekulasi itu, Song San tetap mempertahankan jawatannya serta menjadi anggota jawatankuasa pengurusan pengebumian pengasas Korea Utara, Kim Il-sung pada Julai 1994.
Bagaimanapun, pada 1997 Song San dipecat selepas anak Kim Il-sung, Kim Jong Il mengambil alih tampuk pemerintahan.