nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Libatkan Lebih Ramai Wakil Rakyat Dalam Majlis Khas MA63

17 SEPT : Lebih ramai wakil rakyat serta Ahli Parlimen di Sabah dan Sarawak perlu diserapkan dalam Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang berperanan menyelesaikan isu berkaitan dengan kepentingan dua negeri tersebut. 

Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun berkata, ini perlu agar pendapat dan pandangan yang disampaikan akan lebih menyeluruh di samping bersifat lebih inklusif. 

“Bukan sahaja menteri-menteri kami sahaja menjadi anggota, malah wakil rakyat biasa dan backbenchers yang tidak memegang jawatan dalam kerajaan mahupun bukan anggota pentadbiran perlu diserapkan. 

“Ini kerana kalau semua Menteri dan anggota pentadbiran kerajaan sahaja, mungkin akan ada perkara yang tertinggal. Jadi, beri tempat untuk kami anggota PNBBC di Sabah dan Sarawak untuk turut bersama. 

“Bukan tidak yakin dengan kepimpinan kita namun selaras dengan semangat ‘Keluarga Malaysia’, suara wakil rakyat yang tidak menganggotai majlis itu perlu bersama-sama agar pandangan itu menjadi lebih inklusif dan menyeluruh,” katanya kepada PNBBC Portal ketika dihubungi, hari ini. 

Datuk Azizah Mohd Dun

Semalam, Kerajaan memberi jaminan akan memberi perhatian terhadap isu yang berkaitan dengan kepentingan Sabah dan Sarawak khususnya melalui aspek rakan kongsi setaraf dalam MA63.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yakkob berkata, perkara berkaitan yang perlu diselesaikan akan terus diperhalusi melalui rundingan dalam Majlis Khas MA63 yang membuktikan, kerajaan komited memberi perhatian terhadap isu berkaitan dengan pelbagai perkara penting bagi negeri Sabah dan Sarawak. 

Pada masa sama, Ahli Parlimen Bera itu memaklumkan kerajaan memberi peruntukan pembangunan sebanyak RM4.66 bilion bagi Sabah serta RM4.47 bilion bagi Sarawak menerusi peruntukan di bawah Rolling Plan 1 2021 di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) yang akan dibentangkan di Parlimen pada 27 September ini.

Dalam pada itu, ditanya berkenaan peruntukan besar yang diterima Sabah dan Sarawak, Azizah yang juga Ketua Srikandi BERSATU Sabah merakamkan kesyukuran dan berterima kasih kepada Perdana Menteri atas penambahan peruntukan tersebut selaras dengan Perkara 112B Perlembagaan Persekutuan.

“Ini membuktikan Perdana Menteri dan kerajaan prihatin dan juga responsif kepada permintaan pembangunan dan keperluan rakyat di Sabah dan Sarawak. 

“Justeru, saya berharap agar banyak keperluan khususnya bagi memajukan kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak dapat dilaksanakan dan disempurnakan untuk kesejahteraan rakyat di kedua-dua negeri ini,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.