nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sultan Perak jalankan fungsi Agong

17 SEPT: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah merangkap Timbalan Yang di-Pertuan Agong, akan memangku fungsi Yang di-Pertuan Agong sepanjang keberangkatan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah dalam rangka lawatan khas baginda ke United Kingdom mulai hari ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, perkara itu adalah  selaras dengan Perkara 33(1) Perlembagaan Persekutuan.

Ahmad Fadil berkata sesuai dengan lawatan khas Yang di-Pertuan Agong bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, baginda berdua berkenan beristirehat di London bermula 27 September dan dijadualkan berangkat pulang ke tanah air pada 23 Oktober.

“Sekembali ke tanah air kemudian, Seri Paduka Baginda berdua berkenan menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Istana Negara hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadil berkata sepanjang lawatan khas hingga 27 September itu, Seri Paduka Baginda berdua dijadualkan berangkat melawat Projek Battersea Power Station di London, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square serta Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak di Brickendonbury, Hertford.

Atur cara lawatan khas tersebut turut diisi dengan pertemuan antara Seri Paduka Baginda berdua bersama komuniti rakyat Malaysia di London.

Seri Paduka Baginda turut dijadualkan berangkat menghadiri Sandhurst Reunion Dinner di Royal Military Academy Sandhurst, katanya.

“Seri Paduka Baginda pernah menimba ilmu ketenteraan di akademi berkenaan dari 1978 hingga 1979. Seri Paduka Baginda turut dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Sir General Nicholas Carter, Ketua Staf Pertahanan UK, yang akan menyentuh hubungan kerjasama ketenteraan dua hala Malaysia dan UK.

“Sir General Nicholas Carter juga pernah menuntut di Royal Military Academy Sandhurst,” kata Ahmad Fadil.

Ahmad Fadil berkata lawatan khas tersebut merupaka kali kedua bagi Seri Paduka Baginda ke UK sejak dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.

“Dari segi hubungan dua hala, UK merupakan rakan dagang ke-18 terbesar bagi Malaysia pada tahun 2020 dengan jumlah dagangan direkodkan di antara kedua negara sebanyak RM16.59 bilion (GBP3.08 bilion), peningkatan sebanyak 0.8 peratus berbanding tahun 2019.

“Nilai eksport Malaysia ke UK pada tahun lalu juga telah direkodkan sebanyak RM9.91 billion (GBP1.84 billion), manakala nilai import dari United Kingdom sebanyak RM6.68 billion (GBP1.24 billion),” katanya.

Terdahulu, Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan lawatan khas tersebut melambangkan kepentingan hubungan erat di antara Malaysia dan UK dimanifestasikan di peringkat pemerintahan tertinggi negara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.