18 SEPT: Exco Armada Nasional (Biro Kebajikan), Firdaus Rashid hari ini menziarahi pasangan keluarga yang terjejas akibat kebakaran rumah sewa di Cheras Perdana beberapa hari lalu.
Ketua Armada BERSATU Bahagian Bangi, Khidir Jamil berkata kejadian tersebut telah mendapat perhatian Ketua Armada Nasional, Senator Wan Ahmad Fayhsal selaku Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan Firdaus mewakili beliau bagi menghulurkan bantuan melalui Biro kebajikan Armada Nasional.
“Sebelum ini, Armada BERSATU Bahagian Bangi telah pun menghulurkan bantuan pantas iaitu 24 jam selepas kejadian kebakaran rumah keluarga Muhammad Farid Md Maizaili yang kini menetap sementara di hotel bajet.
“Justeru, Armada BERSATU Bahagian Bangi amat berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan dan kesudian wakil pihak Armada Nasional yang telah turun bersama dan membantu keluarga mangsa.
“Ini menunjukkan bahawa Armada Malaysia sentiasa mengambil serius serta komited di dalam usaha membantu mereka yang sedang kesusahan dan benar-benar memerlukan,” katanya dalam Facebook rasmi Armada BERSATU Bahagian Bangi hari ini.
Dalam kejadian pukul 8 malam, isnin lalu api merebak dengan cepat dan memusnahkan sebahagian ruangan rumah yang dihuni Muhammad Farid bersama isterinya yang mengandung dan dua orang anak berusia tujuh dan empat tahun.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.