18 SEPT: China akan menjadikan stesen angkasa China sebagai makmal ruang angkasa bagi umat manusia.
Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata, sehubungan itu, China akan mengintensifkan dan memperluas kerjasama dan pertukaran antarabangsa agar perkara tersebut menjadi kenyataan.
“Sejak 17 Jun lalu iaitu ketika pelancaran Shenzhou-12, tiga angkawasan menjalani kehidupan selama 90 hari di dalam modul teras Tianhe.
“Ia mencipta rekod baharu untuk masa angkasawan China bertugas dalam satu penerbangan,” katanya pada sidang media, semalam.
Pada hari sama, kapal angkasa Shenzhou-12 juga telah mendarat dengan selamat.
China sudah melaksanakan penyelidikan kapal angkasa pembawa angkasawan selama 18 tahun, sejak pelancaran kapal angkasa Shenzhou-5 yang membawa angkasawan pada tahun 2003.
Difahamkan kapal angkasa Shenzhou-13 juga sudah siap untuk dilancarkan pada Oktober depan.
Lijian berkata, kerajaan China sentiasa komited untuk menggunakan ruang angkasa secara damai, berdasarkan prinsip “penggunaan secara sama rata dan saling menguntungkan serta pembangunan bersama-sama.”
“Kita juga komited untuk menjalankan kerjasama dan pertukaran dengan negara lain dalam bidang penerbangan kapal angkasa bermanusia,” katanya.
Stesen angkasa China sudah memasuki fasa pembinaan menyeluruh dan China akan terus meningkatkan kerjasama antarabangsa untuk menyumbang kepada manusia dalam menjelajahi misteri angkasa, menggunakan ruang angkasa secara damai dan mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.