18 SEPT: Angka kes positif harian wabak COVID-19 di seluruh negara hari ini mencatatkan penurunan kepada 15,549 kes berbanding 17,577 kes, semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bilangan itu menjadikan kes kumulatif terkini sebanyak 2,082,876 kes.
“Sarawak menjadi negeri tertinggi iaitu 2,929 kes diikuti dengan Johor sebanyak 2,208 manakala Selangor (1,995); Sabah (1,395), Pulau Pinang (1,375), Kelantan (1,214) dan Perak (1,120).
“Kedah pula merekodkan 1,073 kes diikuti Terengganu (755), Pahang (634), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (382) dan Melaka (263).
“Negeri Sembilan pula sebanyak 131 kes, Perlis (33); Putrajaya (31) dan Labuan (11),” katanya, hari ini.