20 SEPT: Sebanyak 376 kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
Berdasarkan data yang dikeluarkan laman web CovidNow, daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 75 kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Bilangan kematian kini berjumlah 23,443 kes dengan Selangor mencatatkan kematian tertinggi iaitu 148 diikuti Johor (43), Sabah (35), Kelantan (32), Penang (29), Kedah (25), Sarawak (23) dan Kuala Lumpur (14).
Manakala, Perak (8), Terengganu (7) , Pahang (6), Negeri Sembilan (4) dan Melaka (2).
Tidak ada kematian baharu dilaporkan di Perlis, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga semalam, terdapat 210,468 kes aktif COVID-19, termasuk 1,191 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 662 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 23,468 kes sembuh turut direkodkan.