20 SEPT: Seramai 18,453,322 individu atau 78.8 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap vaksinasi setakat semalam.
Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dalam twitternya setakat semalam, 93.3 peratus atau 22,001,266 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 219,081 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 60,773 dos pertama daripada vaksin dua dos dan 158,308 dos lengkap, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 40,375,056 dos.