nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKS Akan Terkesan Jika CPTPP diratifikasikan

20 SEPT: Kerajaan digesa untuk tidak mengesahkan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) sebagai penyelesaian terhadap masalah ekonomi akibat kesan pandemik COVID-19.

Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Abdul Halim Husin berkata, ini kerana perjanjian itu lebih mementingkan industri eksport tanpa menghiraukan kesan ekonomi tempatan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Justeru, beliau menegaskan pihaknya kekal konsisten dengan pandangan perjanjian Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ini dinamakan semula sebagai CPTPP selepas bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membuat keputusan keluar daripada TPPA.

“Perjanjian bebas dihargai dan diperlukan tetapi perlu adil, terhad pada barangan dan sebagainya. Perlu dilakukan antara dua negara supaya lebih sesuai dan mengurangkan kepentingan kebanyakan rakyat dan negara.

ABDUL HALIM

“Kerajaan mesti menerima hakikat bahawa bukan semua perniagaan akan menikmati faedah yang dicanangkan oleh mereka yang menyokong untuk menyegerakan pelaksanaan CPTPP,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Dalam pada itu, Abdul Halim memberitahu lambakan import barangan yang lebih murah akan merosakkan peluang PKS dan mikro untuk bangkit dan menjadikan negara sebagai pengguna semata-mata.

Menurut beliau, perjanjian perdagangan yang dikatakan bebas tetapi hakikatnya tidak adil ini memberi kesan pada pengeluar, PKS, petani, pesakit dan pengguna.

“Kerajaan ingin meratifikasikan CPTPP yang ditandatangani pada 2019, berdasarkan TPPA yang dimuktamadkan pada 2015 iaitu 22 provisi ditangguh sementara sekali gus mengecilkan lagi ruang dan kemampuan kerajaan melaksanakan perubahan dasar yang berkaitan dan diperlukan.

“Bukankah ini menyukarkan lagi ruang kerajaan untuk melakukan intervensi bagi menyokong industri yang masih memerlukan perlindungan dan bantuan? Sebagaimana yang kita lihat, akibat pandemik COVID-19, kerajaan mesti melakukan intervensi dengan tindakan dan langkah-langkah yang memberi kesan pada ekonomi negara,” katanya. 

Tambah beliau, MTEM bimbang kerana Perjanjian CPTPP ibarat menjual dan memperdagangkan negara sendiri kerana terpengaruh dengan janji tanpa bukti akan menguntungkan negara.

“Segala kebaikan CPTPP boleh dicapai dengan perjanjian perdagangan bebas di antara dua negara dan perlu terhad pada barangan sahaja. Tidak pernah dalam sejarah perjanjian perdagangan yang merangkumi terlampau banyak perkara yang didagangkan,” ujarnya.

Sementara itu, Abdul Halim memberitahu, berdasarkan kiraan menggunakan metodologi World Bank, sekiranya CPTPP dilakukan, imbangan barangan didagang dijangka akan bertambah teruk sebanyak AS$2.4 bilion setahun.

“Akibat pandemik ini semua negara termasuk Amerika Syarikat sedang melindungi PKS dan mikro mereka. Di Malaysia juga sama. Jadi kenapa perlu kita percepatkan ratifikasi ini? Kajian telah menyatakan kebanyakan PKS tidak bersedia untuk mengambil kesempatan CPTPP ini.

“Kebanyakan PKS kita tidak ada skala yang diperlukan dan kekurangan sumber dan kewangan. Hari ini PKS kita lebih teruk akibat kesan pandemik,” katanya.

Tambah beliau, menerusi CPTPP, pelaburan asing yang diharapkan juga tidak akan berlaku kerana tidak membenarkan meletakkan syarat bagi mendapat pelaburan asing yang berkualiti dan negara juga boleh disaman sekiranya mengenakan syarat terhadap perkara itu. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.