21 SEPT: Sebanyak 15,759 kes baharu COVID-19 dicatatkan hari ini yang menunjukkan peningkatan berbanding 14,345 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes 2,127,934 direkodkan setakat ini.
Noor Hisham berkata, Sarawak kekal merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 3,732 kes diikuti Johor (1,959), Selangor (1,934), Pulau Pinang (1,417), Kelantan (1,338), Sabah (1,291), Perak (1,184 ), Kedah (786) dan Pahang (707).
“Selain itu, Terengganu mencatatkan 592 kes, Kuala Lumpur (359), Melaka (264), Negeri Sembilan (127), Putrajaya (34), Perlis (23) dan Labuan (12),” katanya.