nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan komited laksana Undi 18

21 SEPT: Kerajaan tidak akan merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuching baru-baru yang mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya melaksanakan dasar Undi 18 dan pendaftaran pengundi secara automatik, sebelum 31 Disember 2021.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata perkara itu adalah selari dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 September lalu.

Berikutan itu, Wan Junaidi berkata pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan SPR dan Pejabat Peguam Negara bagi memastikan dasar Undi 18 dan pendaftaran pengundi secara automatik dapat dilaksanakan, sebelum 31 Disember 2021 seperti diarahkan Mahkamah Tinggi Kuching, sebelum ini.

“SPR juga sedang dalam persiapan untuk melaksanakan pindaan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan iaitu berhubung umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik sebagaimana yang diluluskan oleh Parlimen pada Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen Keempat Belas.

“Persiapan yang sedang dilaksanakan oleh SPR ini adalah meliputi pindaan kepada Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

“Selain itu, SPR juga sedang meneliti undang-undang lain yang berkaitan dan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) dan penyediaan sistem serta infrastruktur bagi pelaksanaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik,” katanya di sesi pertanyaan jawab lisan di Parlimen, sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan oleh Ahli Parlimen PH Puchong, Gobind Singh Deo minta Perdana Menteri menyatakan apakah status pelaksanaan Undi 18 dan langkah-langkah seterusnya yang akan diambil untuk melaksanakannya.

Sebelum ini media melaporkan, Pesuruhjaya Kehakiman Alexander Siew How Wai membenarkan permohonan semakan kehakiman lima anak muda yang menggesa kerajaan melaksanakan segera pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan penurunan umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.

Terdahulu, SPR menjangkakan semua persediaan yang sedang diambil tindakan termasuklah menangani isu-isu yang berkaitan ini akan dapat diselesaikan dan seterusnya melaksanakan umur kelayakan mengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik selewat-lewatnya pada September 2022.

Bagaimanapun, Wan Junaidi berkata susulan keputusan semakan kehakiman isu Undi 18 di Mahkamah Tinggi Kuching telah memerintahkan supaya umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik dilaksanakan selewat-lewatnya pada 31 Disember 2021.

“Justeru, walaupun dengan kekangan dan kekurangan, SPR komited untuk memastikan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik dilaksanakan berdasarkan kepada keputusan mahkamah,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata SPR juga sedang mengenal pasti beberapa tindakan untuk sebelum perlaksanaan undi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik ialah membuat semak maklum daftar pemilih, semakan di lapangan membabitkan bakal pengundi berusia 90 tahun ke atas.

Beliau berkata SPR juga akan melakukan semakan di lapangan ke atas alamat bagi menentukan daerah mengundi pilihan raya umum yang tepat, sesi libat urus dengan pihak berkepentingan, program pendidikan kepada bakal pengundi, menyemak keperluan logistik bagi keperluan Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU-15).

Katanya, SPR juga memandang serius mengenai perkara berkenaan termasuk menangani isu berkaitan diselesaikan dan meneruskan pelaksanaan pengundian undi 18 dan pendaftaran pemilih secara automatik selewatnya pada September 2022.

“Namun keputusan semakan kehakiman di mahkamah tinggi kuching telah memerintahkan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran automatik dilaksanak selewat 31 Disember 2021.

“Justeru, walaupun dengan kekangan dan kekurangan, SPR komited untuk memastikan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik dilaksanakan berdasarkan kepada keputusan mahkamah,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.