22 SEPT: Sebanyak 14,990 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini iaitu lebih rendah berbanding 15,759 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka tersebut menjadikan jumlah kes COVID-19 secara keseluruhan adalah 2,142,924 kes.
“Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu sebanyak 2,414 kes diikuti Johor (1,880), Sarawak (1,712), Kelantan (1,573), Perak (1,490) dan Pulau Pinang (1,224).
“Selain itu, Sabah merekodkan 1,199 kes diikuti Kedah (1,007), Terengganu (852), Pahang (688), Melaka (313), Negeri Sembilan (170), Perlis (97), Putrajaya (30) dan Labuan (tiga),” katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.