22 SEPT: Sebanyak 334 kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kematian 24,078 orang.
Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi data di GitHub menyatakan daripada jumlah itu, 84 daripadanya diklasifikasikan sebagai kematian luar hospital (BID).
Kes kematian paling tinggi semalam dilaporkan di Selangor dengan 187 kes, diikuti Johor (37), Kelantan (20), Kuala Lumpur (18), Sabah (14), Perak (12), Sarawak (10), Kedah (8), Pahang (7) dan Pulau Pinang (7), Terengganu (6), Negeri Sembilan (5), dan Melaka (3) manakala di Perlis, Labuan dan Putrajaya tiada kematian dilaporkan.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 206,473 kes aktif COVID-19 direkodkan termasuk 1,116 di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 635 memerlukan bantuan pernafasan.
Sebanyak 16,650 kes sembuh turut dilaporkan.