nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

SOP lebih longgar buat pelawat ke Labuan Mulai Jumaat Ini

22 SEPT : Prosedur operasi standard (SOP) baharu yang lebih longgar akan dilaksanakan untuk individu yang mahu memasuki Labuan bermula Jumaat ini.

Menurut Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Labuan, Mohd Hafiez Mohd Daud,  pengunjung ke pulau ini tidak lagi wajib menjalani kuarantin dan hanya perlu menunjukkan keputusan RT-PCR atau RTK-Antigen yang negatif, lengkap vaksinasi COVID-19 dan tidak bergejala ketika tiba di Labuan.

“Kelonggaran yang diberikan itu selari dengan peralihan Wilayah Persekutuan Labuan ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 26 Ogos lalu.

“Kita sedang menumpukan usaha menyeimbangkan ekonomi pulau bebas cukai ini dengan kesejahteraan dan kesihatan penduduk, jadi, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Labuan tekad melindungi Labuan daripada kembali berdepan waktu yang sukar, tanpa menjejaskan kestabilan ekonominya,” katanya hari ini.

Selain itu, kata Mohd Hafiez,  pelawat juga mesti menjalani ujian RT-PCR tiga hari sebelum berkunjung ke pulau itu atau melakukan ujian air liur RTK-Antigen yang diperakui pengamal perubatan berdaftar atau petugas Kementerian Kesihatan 48 jam sebelum tiba di pintu masuk Lapangan Terbang Labuan atau terminal feri.

Mohd Hafiez Mohd Daud

Manakala, mereka yang belum melengkapkan vaksin, wajib menjalani tempoh kuarantin selama 10 hari dan melakukan ujian RTK-Antigen pada hari kelapan.

“Pelawat yang bergejala ketika tiba di pintu masuk di sini atau keputusan ujian COVID-19 mereka didapati tidak sah, dikehendaki menjalani kuarantin selama lima hari dan melakukan ujian RTK-Antigen pada hari keempat, manakala 10 hari kuarantin bagi individu yang belum lengkap vaksinasi diikuti saringan RTK-Antigen pada hari kelapan.

“Syarat kemasukan bagi pengunjung dari luar negara pula berbeza, iaitu tempoh kuarantin 14 hingga 21 hari berdasarkan penilaian risiko COVID-19 di pintu masuk dan mereka yang sudah menerima vaksin penuh boleh menjalani kuarantin di rumah,” ujarnya.

Bagi pengangkutan harian yang membawa barangan keperluan dari Sabah ke Labuan pula, harus memiliki kad kesihatan dikeluarkan Jabatan Kesihatan Labuan, dengan syarat mereka lengkap vaksinasi dan menunjukkan keputusan negatif bagi ujian RT-PCR atau RT-Antigen yang dilakukan tiga hari sebelum memasuki pulau ini.

“Kad kesihatan mesti diperbaharui setiap minggu dan mereka tidak menunjukkan simptom ketika tiba di terminal feri Labuan.

“Kakitangan kesihatan akan menjalankan saringan COVID-19 secara rawak ke atas pengangkut bagi tujuan pemantauan,” jelasnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.