23 SEPT: Kes jangkitan harian COVID-19 di negara ini mencatatkan penurunan hari ini kepada 13,754 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam ciapan di Twitter, berkata penurunan kes di negara ini seperti yang dijangkakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
“Angka tersebut menjadikan kes keseluruhan jangkitan COVID-19 kepada 2,156,678 kes,” katanya.
Mengulas mengenai kes baharu hari ini, Dr Noor Hisham berkata Selangor menjadi negeri tertinggi melaporkan kes harian dengan 1,985 kes, diikuti Johor (1,913), Sarawak (1,766), Sabah (1,629), Kelantan (1,264) dan Pulau Pinang (1,052).
Selain itu, Pahang dengan 869 kes, Perak (844), Kedah (783), Terengganu (664), Kuala Lumpur (383), Melaka (292), Negeri Sembilan (175), Perlis (113), Putrajaya (14) dan Labuan (8).