nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lahirkan generasi muda dalam bidang usahawan tekno

23 SEPT: Kerajaan perlu terus berusaha mendukung apa jua perancangan bagi memajukan lagi industri bio dan teknologi maklumat (IT) kerana secara tidak langsung akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. 

Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Dr Muhammad Faiz Na’aman berkata ini perlu agar masyarakat khususnya kelompok Bumiputera yang masih jauh ketinggalan dalam mendepani Revolusi Industri 4.0 yang semakin terhimpit dengan kepintaran buatan, robotik dan automasi. 

Justeru, beliau berkata, kerajaan perlu memandu rakyat terutama generasi muda agar mereka boleh bergelar usahawan tekno. 

“Antara cabaran besar bidang teknologi bio ini ialah keterlibatan bahagian kajian dan pembangunan yang kadangkala memakan modal yang besar. Maka bantuan kerajaan untuk menarik pelabur cukup penting dan perlu dipermudahkan.

Muhammad Faiz mahu kerajaan menyokong pembangunan teknologi bio dan IT kerana ia mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

“Teknologi bio merangkumi pelbagai bidang dari sekompleks bidang perubatan seperti pembuatan ubat-ubatan, vaksin sehinggalah kepada keperluan klinikal di samping kosmetik sehinggalah kepada perusahan tradisional rakyat seperti pertanian, penternakan dan perikanan semua dapat manfaat dari teknologi bio,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Bagi industri tekonologi maklumat, beliau memaklumkan industri dengan spektrum rangkuman begitu luas meliputi hampir semua elemen-elemen kehidupan berteknologi tinggi hari ini, di mana apa jua melibatkan cip silikon sama ada komputer, telefon pintar malah industri automotif pun tidak dapat lari dari kemajuan IT.

“Dari animasi Upin & Ipin yang kini menyebar di negara jiran hinggalah kepada penghasilan aplikasi perkhidmatan seperti Grab dan Food Panda, itu semua mendatangkan manfaat kepada rakyat malah membuka peluang-peluang perniagaan tambahan yang saling berkait.

“IT juga mengurangkan urusan bersemuka antara manusia di mana ia cukup signifikan di zaman pandemik ini yang juga menjimatkan masa, kos termasuk kos untuk bergerak. Malah ia turut membantu dalam bidang keselamatan, ketenteraan dan mengurangkan kejadian korupsi apabila dipantau sistem IT yang menyimpan rekod,” katanya. 

Sementara itu, beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata, Malaysia berada di landasan tepat dalam membawa negara keluar dari kemelut wabak COVID-19 walaupun masih terdapat kekurangan serta ruang-ruang yang mampu dan sedang dibaiki.

Menurut beliau, kerajaan Malaysia di bawah gabungan parti-parti komponen Perikatan Nasional (PN) , Barisan Nasional (BN), dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus fokus memulihkan ekonomi dengan tumpuan agresif terhadap sektor perdagangan tempatan dan usaha berterusan bagi menarik pelaburan dari luar negara.

“Di sini harus ada tanggungjawab sosial segenap strata kelompok masyarakat yang dianggap kumpulan “kayangan” oleh sesetengah pihak, turut tampil secara aktif membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi membantu semula bangsa dan negara kita demi kemakmuran bersama. 

“Ini termasuklah terus merapati para pembuat dasar dalam kerajaan bagi berkongsi pandangan, cadangan, info dan kerjasama untuk memperluaskan lagi manfaat kek ekonomi kepada rakyat bawahan.

“Golongan intelek serta pakar-pakar dalam pelbagai bidang wajar diharmonikan dengan satu tujuan utama iaitu untuk memacu kebangkitan kembali ekonomi domestik melalui penciptaan atau pemerkasaan industri-industri baru dan alternatif yang berpotensi tinggi dalam negara ini,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.