nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Lebih 1 juta PKS mikro terima manfaat GKP

23 SEPT: Kerajaan sudah menyalurkan dana berjumlah RM6.08 bilion bagi membantu lebih sejuta perusahaan kecil dan sederhana (PKS)  serta mikro menerusi empat siri bayaran bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), sejak wabak COVID-19 melanda negara ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata tujuan utama kerajaan melancarkan GKP adalah untuk menyokong ekosistem perniagaan dan mengurangkan beban kewangan dalam tempoh masih mencabar di kalangan usahawan PKS dan mikro menerusi GKP.

“Bagi GKP 4.0 lebih satu juta PKS dan mikro membabitkan penerima sedia ada GKP dan penerima baharu mula menerima bantuan kewangan masing-masing RM500 pada 21 September melalui bayaran fasa pertama.

“Bayaran fasa kedua berjumlah RM500 lagi akan dibuat pada November 2021 menjadikan keseluruhan RM1,000 kepada penerima yang layak.

“Jumlah bayaran GKP 4.0 ini akan membabitkan implikasi kewangan berjumlah RM1 bilion kepada kerajaan di mana bayaran dikreditkan ke terus akaun berdaftar GKP,” katanya dalam sesi waktu pertanyaan menteri (MQT) di Parlimen hari ini.

Tengku Zafrul berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan oleh Ahli Parlimen BERSATU-Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh yang meminta Menteri Kewangan menyatakan berkenaan pelaksanaan Geran Khas Prihatin (GKP) dan bagaimana pula peranan bank pembangunan dalam membantu peniaga kecil atau mikro supaya mereka dapat meneruskan perniagaan.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kerajaan menyalurkan peruntukan kepada GKP 4.0 sebanyak RM500 juta lagi di bawah PEMULIH.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata Kementerian Kewangan (MoF) mengenakan syarat minimum bagi permohonan bantuan GKP dan tidak ketat dalam usaha membantu PKS dan mikro yang terjejas.

Tengku Zafrul berkata langkah berkenaan dibuat bagi mengelakkan ketirisan dan memastikan usahawan mikro yang betul-betul layak sahaja mendapat bantuan bagi menghadapi cabaran COVID-19.

Jelas beliau, setakat ini lebih sejuta usahawan mikro layak menerima GKP 4.0, termasuk hampir 166,000 penerima adalah di Negeri Selangor dengan nilai peruntukan RM1.2 bilion.

“Ingin saya tekankan bahawa syarat itu adalah sangat minima, dan tidak terlalu ketat. Malah pada bulan Julai yang lalu MoF telah membuat permohanan baru GKP 4.0 kepada usahawan mikro yang tidak lulus GKP sebelum ini dan kerajaan membuka permohonan baharu sebanyak empat kali.

“Ia masing-masing PKS mikro perlu berdaftar sebelum 31 Disember 2019 bagi GKP 1.0; 31 Ogos 2020 (GKP 2.0); 28 Februari (GKP 3.0: dan 30 Jun 2021 (GKP 4.0).

“Data penerima GKP adalah berdasarkan data terkini pendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); pihak berkuasa tempatan (PBT); serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.