23 SEPT : Tiga lokaliti membabitkan satu di Sabah dan dua di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) bermula Sabtu ini.
Menurut Ketua Pengarah Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad, PKPD itu akan dilaksanakan di Kampung Pangkalan Abai, Kota Belud, Sabah serta Kampung Telimau, Pos Terisu, Mukim Ulu Telom, Cameron Highlands dan PASDEC Damansara, Kuantan, Pahang.
Menurut Rodzi, setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19, PKPD akan dilaksanakan di kawasan berkenaan.
“PKPD ini bermula 25 September (Sabtu) sehingga 8 Oktober 2021 dan prosedur operasi standard (SOP) yang dibuat sama seperti sebelum ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
MKN turut mengumumkan penamatan pelaksanaan PKPD di lima lokaliti di Sabah bermula esok, membabitkan Kampung Lembah Permai dan Kampung Desa Aman, Ranau; Sekolah Henry Gurney, Keningau; Taman Sungai Labuk, Beluran dan Kampung Timug, Matunggong, Kudat.
Kampung Kuala Koyan, Mukim Ulu Jelai, Lipis, Pahang dan tujuh lokaliti di Paka, Dungun, Terengganu, membabitkan Bandar Paka, Gong Gemia, Cacar Baru, Limbong, Kuala Paka, Taman Indah Permai dan Telaga Mas.