24 SEPT : Kes jangkitan COVID-19 di negara ini merekodkan peningkatan apabila 14,554 kes positif baharu dikesan, setakat tengah hari tadi berbanding 13,754 kes, semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata secara kumulatifnya, kes positif COVID-19 di negara ini melonjak kepada 2,171,232 kes.
Beliau berkata, Sarawak menjadi negeri tertinggi melaporkan kes harian dengan 2,825 kes, diikuti Selangor (2,244), Johor (1,807), Sabah (1,273), Pulau Pinang (1,231) dan Perak (1,144).
“Kelantan merekodkan 910 kes, disusuli Kedah (908), Terengganu (690), Pahang (598), Melaka (401), Kuala Lumpur (271), Negeri Sembilan (157), Perlis (65) dan Putrajaya (30).
“Sementara tiada kes jangkitan COVID-19 direkodkan di Labuan,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.