nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pemandu Bas Ekspres Terima Bantuan Sekali-beri RM500

24 SEPT: Kementerian Kewangan (MOT) telah bersetuju untuk memperuntukkan bantuan kewangan secara sekali-beri atau ‘one-off’ berjumlah RM500 kepada semua pemandu bas ekspres di seluruh negara. 

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, pemberian bantuan ini akan melibatkan anggaran 6,600 penerima dengan peruntukan berjumlah RM3.3 juta di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+).

“Syarat-syarat kelayakan akan ditetapkan oleh pihak MOT bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) serta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan LPKP Sarawak bagi tujuan penyaluran bantuan ini. 

“Proses penyaluran bantuan akan dilaksanakan dengan segera sebaik sahaja peruntukan bantuan diterima oleh MOT dan agensi-agensi pelaksana berkaitan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini. 

KA SIONG

Namun, sebagai pemakluman awal, Ka Siong berkata, syarat-syarat utama bagi menentukan kelayakan penerima bantuan ini yang akan ditetapkan kepada pemandu bas ekspres antaranya adalah  pemandu bas ekspres adalah warganegara Malaysia; serta berdaftar secara rasmi sebagai pekerja dengan syarikat bas ekspres. 

“Di mana perlu mempunyai caruman PERKESO yang masih sah, yang mana caruman PERKESO adalah dilaksanakan oleh pihak syarikat atau pengusaha bas ekspres. Pemandu bas ekspres mempunyai Lesen Vokasional yang sah dengan mengambil kira tempoh pengecualian pembaharuan Lesen Vokasional yang telah diberikan oleh MOT sepanjang tahun 2021.

“Hanya syarikat atau pengusaha bas ekspres yang mempunyai lesen pengendali atau lesen dan permit kenderaan bas ekspres yang sah dengan APAD atau LPKP Negeri Sabah dan Sarawak yang layak memohon bantuan ini bagi pemandu bas ekspres mereka,” katanya. 

Sementara itu, bagi pemandu yang telah menerima bantuan sebagai pemandu bas sekolah, bas pelancongan, teksi atau e-hailing sebelum ini tidak lagi layak menerima bantuan itu. 

Beliau berkata, pihak syarikat dan pengusaha bas ekspres adalah dikehendaki mengemukakan maklumat individu serta pemandu bas ekspres di bawah syarikat masing-masing yang lengkap mengikut templat yang akan ditetapkan kepada pihak APAD dan LPKP Negeri Sabah dan LPKP Negeri Sarawak. 

Menurut beliau, ini dilakukan bagi tujuan saringan kelayakan dan penyaluran bantuan dan bagi tujuan ini, pihak syarikat atau pengusaha bas ekspres bolehlah mula menghubungi Pejabat APAD dan LPKP Negeri Sabah dan LPKP Negeri Sarawak terdekat bagi tujuan penyelarasan pemberian bantuan ini.

“MOT juga akan mengenal pasti langkah-langkah yang lain dan meneliti garis panduan bagi membantu pihak pengusaha bas ekspres dapat menyediakan perkhidmatan kepada tahap yang normal, dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN), pihak berwajib yang lain dan persatuan syarikat atau pengusaha bas ekspres.

“Garis panduan dan langkah pengoperasian yang selamat akan dibangunkan bagi membantu pihak syarikat mahupun pengusaha bas ekspres dapat memulakan perkhidmatan dengan baik apabila perjalanan rentas sempadan dibenarkan kelak, serta bagi menyokong pelaksanaan perjalanan pelancongan domestik terhad yang akan dibenarkan oleh Kerajaan dalam fasa-fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Mudah-mudahan dengan penyaluran bantuan ini dapat memberi kelegaan kepada pemandu bas ekspres dalam mengharungi waktu sukar akibat pandemik COVID-19 seterusnya kembali bangkit untuk meneruskan operasi apabila keadaan beransur pulih sepenuhnya kelak,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.