24 SEPT : Bermula 1 Oktober ini, tempoh masa pengambilan dos kedua vaksin AstraZeneca akan dipendekkan dari sembilan minggu ke enam minggu sahaja.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, ia sebagai usaha untuk memudahkan penerima dos vaksin jenis AstraZeneca.
“Ini bermakna mereka akan menerima dos kedua dalam tempoh enam minggu selepas dos suntikan pertama,” katanya dalam sidang media hari ini.
Sebelum ini, jarak masa dos kedua AstraZeneca adalah 12 minggu, sebelum dipendekkan ke sembilan minggu, pada Julai lalu.