nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

WHO, PBB digesa campur tangan buat ketetapan penerimaan vaksin

24 SEPT : Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) digesa campur tangan bagi membuat ketetapan yang sewajarnya dalam menentukan penerimaan vaksinasi untuk perjalanan antarabangsa.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya maklum terdapat sesetengah negara menetapkan hanya individu yang menerima vaksin tertentu diberikan pengecualian melakukan ujian pengesanan COVID-19 dan aspek kuarantin.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana penting untuk kita faham bahawa vaksin melindungi individu daripada risiko jangkitan yang lebih teruk serta mengurangkan gejala-gejala penyakit.

“Namun, tahap perlindungan atau imuniti akan terkesan dengan kemunculan varian-varian baharu yang lebih ganas dengan kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi,” katanya pada sidang media khas perkembangan harian COVID-19 di Putrajaya, hari ini.

Tambah beliau, keputusan sama ada kemudahan atau kelonggaran yang hendak diberikan kepada pengembara dari luar negara mestilah dibuat berdasarkan kawalan dan pencegahan penyakit serta tindakan kesihatan awam di negara itu dan bukannya berdasarkan jenis vaksin.

“Langkah itu jika dilaksanakan, sudah tentu mengenepikan tujuan pemberian vaksin dan pelalian kepada penduduk negara itu sendiri. Tindakan membezakan vakin akan menghalang inovasi dalam pembuatan vaksin itu,” katanya.

Khairy Jamaluddin

Media antarabangsa sebelum ini melaporkan pengambilan jenis vaksin boleh menentukan destinasi mana yang boleh dikunjungi walaupun beberapa negara sudah mula memberikan kelonggaran untuk pelawat mengunjungi negara mereka.

Sebagai contoh, Suruhanjaya Eropah hanya memberikan kebenaran kepada rakyat Amerika Syarikat (AS) yang menerima suntikan vaksin yang diluluskan oleh agensi perubatan untuk memasuki mana-mana negara Eropah, manakala China pula hanya mengiktiraf vaksin keluarannya, sedangkan Barat tidak meluluskan penggunaan vaksin COVID-19 yang dihasilkan oleh negara berkenaan.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin memberitahu langkah kerajaan memberikan dos ketiga vaksin COVID-19 kepada kumpulan berisiko tinggi, tidak bercanggah dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang meminta pemberian suntikan tambahan itu ditangguhkan hingga akhir tahun.

Menurut beliau, keputusan kerajaan itu wajar kerana Malaysia tidak merekodkan sebarang pembaziran vaksin COVID-19 di negara ini, berbanding beberapa negara maju yang sebelum ini membolot vaksin itu.

“Kita turut menyumbang vaksin kita kepada negara lain, antara ke Bosnia ketika kemuncak pandemik seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini.

“Malah, tiada pembaziran vaksin dikesan di Malaysia. Ini berbeza berbanding negara maju yang membolot vaksin namun ada pembaziran apabila ada dos yang tidak digunakan selepas tarikh luput, sedangkan Malaysia gunakan semua stok vaksin yang ada.

“Malah, jika wujud situasi di mana bekalan vaksin tidak perlu dihantar, Malaysia boleh tangguhkan penghantaran supaya bekalan itu boleh dihantar ke negara lain terlebih dahulu,” katanya 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.