25 SEPT: Biarpun sudah lebih 3 tahun berlalu selepas kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 2018 namun terdapat beberapa perkara masih menjadi perbualan hangat di media antarabangsa mengenai apa yang berlaku di Malaysia.
Financetweeter menyentuh tiga perkara yang terus hangat diperkatakan ialah pertama mengenai bagaimana kerajaan BN memerintah Malaysia lebih 61 tahun boleh mengalami kekalahan mengejutkan yang teruk dalam PRU-14.
Malah, Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak yang terpalit isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didakwa sukar
menerima kekalahan berkenaan kerana laporan awal diterimanya menunjukkan BN akan terus kekal berkuasa dan meraih sokongan majoriti rakyat negara ini.
Berikutan itu, ada khabar angin mengatakan Najib dikatakan cuba memujuk pihak Istana supaya mengisytiharkan darurat tetapi dakwaan itu nyata tidak benar.
Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir Mohamad yang memimpin Pakatan Harapan (PH) dan berjaya menumbang kerajaan BN yang berkuasa lebih enam dekat, mengeluarkan kenyataan bahawa pihak istana sudah menghubunginya untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-7 selepas mendapat tahu pakatan pembangkang memperoleh undi majoriti meskipun keputusan rasmi belum dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Sehubungan itu, Najib dituduh pula membuat tawaran sejumlah wang kepada mana-mana ahli Parlimen pembangkang yang sanggup melompat parti dan menyokongnya kekal sebagai Perdana Menteri.
Najib juga dikatakan cuba memujuk Parti Warisan yang memenangi lapan kerusi Parlimen di Sabah supaya menyokong beliau kembali berkuasa, namun gagal.
Pada masa sama, terdapat juga laporan mengatakan bahawa kelewatan Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-7 adalah kerana ada dalam kalangan Raja-Raja Melayu tidak bersetuju dengan pelantikan pemimpin politik veteran berkenaan.
Bagaima Dr Mahathir akhirnya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu, sekali gus menjadikan beliau adalah pemimpin tertua di dunia dilantik ke jawatan berkenaan.
Berikutan itu, PH berjaya membentuk kerajaan baharu dengan sokongan majoriti, 122 daripada 222 Ahli Parlimen, biarpun pada peringkat awalnya SPR dilihat sengaja melenggah-lengahkan pengumuman keputusan rasmi PRU-14.
Dengan, Dr Mahathir kembali berkuasa semua mata tertumpu kepada Najib yang terpalit dengan skandal 1MDB di mana dana yang jumlah RM2.6 bilion dikatakan dipindahkan ke akaun peribadi beliau.
Manakala, Datin Seri Rosmah Mansor pula berdepan masalah sendiri kerana dikatakan menggunakan dana yang curi dari 1MDB untuk membeli pelbagai barangan mewah.
Malah, menurut siasatan Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat sejumlah US$4.5 juta dana diselewengan daripada 1MDB digunakan untuk membiayai pembikinan filem Hollywood, membeli hotel, jet peribadi, kapal persiaran mewah Equanimity, barang kemas dan hartanah mewah,
Bagaimanapun, Najib menafikan semua dakwaan berkenaan dan menegaskan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya adalah sumbangan derma seorang kerabat diraja Arab Saudi biarpun sehingga kini dakwaan berkenaan tidak pernah dibuktikan.
Kemudian heboh cerita beliau dan keluarganya dikatakan cuba ke Indonesia dengan menaiki sebuah pesawat persendirian di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, pada 11 Mei 2018.
Berdasarkan maklumat penerbangan pesawat peribadi itu adalah milik seorang ahli perniagaan Indonesia, Peter Sondakh yang juga pemilik syarikat PT Rajawali Corp yang terbabit dengan urus niaga kontroversi pembelian saham oleh FELDA dari syarikat PT Eagle High Plantations TPK (EHP) pada harga AS$505 juta (RM2.3 bilion) pada 2016.
Perkara kedua yang mencuri perhatian dunia mengenai penahanan bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit dalam salah guna kuasa dan penyelewengan dana milik kerajaan bagi peruntukan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Sebelum itu, Datuk Hasanah Abdul Hamid, 61, pernah mencetuskan kegemparan selepas didakwa menulis surat kontroversi kepada Agensi Risikan Pusat (CIA) sebelum PRU-14 meminta sokongan Amerika Syarikat kepada kerajaan BN, pada PRU-14.
Terdahulu, seramai 15 pengawal keselamatan di JPM ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan dana PRU-14 berjumlah RM3.5 juta. Bagaimanapun, mereka dibebaskan dengan jaminan SPRM pada 12 Ogos lalu.
Satu lagi perkara yang mencuri perhatian umum ialah mengenai penahanan tiga pegawai kanan SPRM yang dikatakan terbabit dengan kes kehilangan barang kes membabitkan wang tunai AS$6 juta (RM25 juta) yang dirampas daripada Hasanah individu yang pernah disiasat SPRM, sebelum ini.
Ini bukan kali pertama SPRM dipalit skandal yang melibatkan pegawainya sendiri kerana pada bulan Jun, seorang pegawai SPRM berusia 41 tahun, Shahrul Izuan Mohd Zin dituduh bersekongkol dengan Teoh Peng Sin untuk menerima wang tunai RM100,000 sebagai habuan untuk tidak menjalankan siasatan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan. Pembiayaan Keganasan 2001.
Pada bulan April, dua pegawai SPRM adalah di antara 12 pegawai penguat kuasa yang ditangkap oleh polis kerana terlibat dalam kegiatan jenayah yang dikaitkan dengan ahli perniagaan buruan Malaysia Nicky Liow Soon Hee, pengasas Winner Dynasty Group yang dikehendaki untuk kegiatan pengubahan wang haram dan kegiatan jenayah terancang.
Apa pandangan dunia terhadap Malaysia pada masa kini agaknya?
Tentu pelbagai kisah ini menjadikan negara berdepan pelbagai spekulasi dan persepsi apatah lagi selepas PRU 14, Malaysia juga berdepan kejutan apabila ditadbir oleh tiga Perdana Menteri daripada parti atau komponen yang berbeza.
Bagi sesetengah media termasuk dari luar negara, Malaysia sentiasa menarik perhatian mereka dan tidak mustahil banyak lagi kisah di negara ini menjadi fokus mereka walaupun dalam kes Najib, beliau tidak pernah mengalah mempertahankan diri daripada pelbagai tuduhan termasuk kes 1MDB.
- Sebahagian artikel terjemahan dari financetweeter