25 SEPT : Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengesahkan beliau akan bertanding jawatan Naib Presiden dalam Pilihan Raya Umum 2022.
Duterte yang tempoh pentadbirannya tamat tahun depan, menerima pencalonan parti PDP Laban untuk bertanding jawatan tersebut.
Duterte yang dipilih memegang sebagai Presiden pada 2016 yang dilarang di bawah Perlembagaan untuk mempertahankan jawatan untuk satu penggal lagi, membayangkan kemungkinan bertanding jawatan kedua tertinggi negara sebelum ini.
Dalam Perhimpunan Agung parti itu pada 8 September lalu, Duterte secara ‘cakap mulut’ menerima sokongan parti politik pemerintah itu untuk pencalonan Naib Presiden.
Penggal pentadbiran Duterte akan berakhir tahun depan dan beliau tidak boleh meneruskan pemerintahan bagi penggal kedua berdasarkan Perlembagaan.