25 SEPT : Hanya satu kawasan sahaja yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hari ini iaitu di Kampung Bambangan, Telupid, Sabah.
Menurut Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, PKPD di lokaliti tersebut akan bermula esok.
“Pelaksanaan PKPD selama 14 hari itu diputuskan selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19 di lokaliti terbabit.
“Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPD ini adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya.