nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan tidak bercadang batalkan lesen warga emas

25 SEPT: Kementerian Pengangkutan (MOT) mengesahkan kerajaan tidak bercadang membatalkan lesen milik warga emas berusia 70 tahun ke atas dalam masa terdekat.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menegaskan tindakan menarik balik atau mengehadkan lesen memandu bagi pemandu berusia 70 tahun ke atas akan menjadi pilihan terakhir setelah individu berkenaan didapati tiada keupayaan atau kemampuan untuk memandu.

Ka Siong menegaskan, menilai seseorang hanya berdasarkan faktor umur atau merujuk kepada kes terpencil hanya akan menimbulkan diskriminasi kepada golongan berkenaan.

Justeru, beliau berkata sebarang perubahan dasar berhubung Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LLM) perlu dilakukan dengan pendekatan sistematik dan menyeluruh serta berdasarkan bukti kukuh.

“Isu mengenai kemalangan jalan raya membabitkan warga emas turut dihadapi oleh sebahagian masyarakat dunia namun menarik balik atau menghadkan lesen sah mereka harus jadi pilihan terakhir setelah terbukti mereka tiada keupayaan atau kemampuan untuk memandu.

“Ramai pemandu lebih 70 tahun menunjukkan kecekapan berbanding pemandu berusia muda atas beberapa faktor termasuk tahap kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebooknya hari ini.

Beliau mengulas mengenai cadangan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Azisman Alias semalam agar menghadkan pengeluaran lesen memandu kepada warga emas susulan berlaku trend peningkatan kemalangan jalan raya membabitkan golongan berusia.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias menyarankan kerajaan hadkan pengeluaran lesen bagi warga emas susulan peningkatan kemalangan yang melibatkan golongan itu.

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, sekiranya lesen memandu warga emas ditarik balik, ia akan mencetuskan masalah lain antaranya individu berkenaan akan meminjam kenderaan milik orang lain untuk kegunaan peribadi.

Katanya, tindakan itu juga akan memberi kesan kepada penduduk di kawasan pedalaman yang kebanyakannya menggunakan motosikal sebagai kenderaan utama untuk mencari rezeki serta mendapatkan kemudahan kesihatan di bandar.

Bagaimanapun, beliau berkata pihak kementerian akan melihat isu berkenaan dengan lebih kolektif dan inklusif dengan mengambil pandangan semua pemegang taruh untuk merangka pelan penambahbaikan yang berkesan dan mampan dapat dicapai.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan Seksyen 30 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang berkuatkuasa hari ini menetapkan tanggungjawab kepada pemandu atau pemegang lesen untuk secara sukarela menyerahkan lesen memandu apabila mereka mempunyai tahap kesihatan tidak memuaskan yang boleh membahayakan pengguna jalan lain.

“Oleh itu menjadi tanggungjawab pemegang lesen untuk menyerahkan lesen memandu di mana-mana pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya.

Pada Mac lalu, seorang warga emas berusia 78 tahun disaman kerana memandu kereta di laluan motosikal dekat Lebuhraya Grand Saga, Kajang.

Dalam kejadian jam 10.55 pagi itu, lelaki memandu Mercedes Benz dalam perjalanan dari Balakong menghala ke ibu negara itu mengakui tidak sihat dan tersilap masuk lorong.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.