27 SEPT : Seramai 19,604,699 individu atau 83.7 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap divaksinasi setakat semalam.
Perincian turut dikongsi menerusi portal COVIDNOW hari ini, di mana Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 93.7 peratus atau 21,944,808 individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.
Manakala seramai 28,982 atau 0.9 peratus daripada populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun sudah melengkapkan suntikan vaksin setakat semalam.
Sebanyak 269,465 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam membabitkan 117,196 dos pertama dan 152,269 dos kedua, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin sebanyak 41,457,628 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).