nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Agenda Bumiputera Diperkasa Dalam Pelaksanaan RMKe-12

27 SEPT: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memberi jaminan bahawa agenda Bumiputera akan terus diperkasakan dalam Rancangan Malaysia ke-12 yang dibentangkannya di Parlimen hari ini.

Ismail Sabri berkata perkara itu adalah selari dengan apa yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak dan keistimewaan orang Melayu dan anak negeri, iaitu pribumi Sabah dan Sarawak, dan kepentingan sah kaum lain.

Hasrat kerajaan hari ini menurutnya adalah untuk mencapai pembangunan sosio ekonomi yang lebih adil, saksama dan inklusif selaras dengan semangat Keluarga Malaysia.

Katanya, agenda Bumiputera akan diterap dalam pelaksanaan semua dasar bagi memastikan ia menjadi komponen yang diberi keutamaan pada segenap peringkat dan aspek pembangunan.

Berikutan itu, semua pihak, termasuk pihak Kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan dan sektor swasta akan bersama-sama dalam menjayakan agenda ini.

“Bagi meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam aktiviti ekonomi, akses dan peluang pendidikan serta pembangunan modal insan, termasuk huffaz, akan diperkukuh, antaranya melalui pelbagi inisiatif.

“Antara inisiatiff berkenaan ialah menyediakan latihan dalam bidang teknikal dan profesional supaya menjadi pakar dalam pelbagai bidang; meningkatkan kemahiran untuk kerjaya masa hadapan, seperti penganalisis dan saintis data serta pakar data raya.

“Daya tahan dan kemampanan perniagaan Bumiputera akan dipertingkat bagi mencapai sasaran 15 peratus sumbangan PMKS Bumiputera kepada KDNK pada tahun 2025,” katanya ketika membentangkan RMKe-12 di Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata pencapaian ini akan disokong melalui penyediaan pembiayaan dan pelaksanaan program baharu, termasuk Dana Kemakmuran Bumiputera untuk syarikat Bumiputera.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Kerajaan juga katanya lagi menyediakan Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk kontraktor Bumiputera dan penyertaan lebih ramai usahawan Bumiputera menceburi bidang ekonomi digital serta industri yang mempunyai potensi pertumbuhan yang tinggi.

“Bagi meningkatkan kekayaan Bumiputera, dasar dan pelaksanaan kuota pemilikan kediaman Bumiputera akan diperkukuh melalui kerjasama yang lebih erat antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan. Selain itu, bantuan kewangan, bimbingan dan permentoran oleh institusi kewangan akan diperluas bagi menyokong usahawan Bumiputera.

“Sebagai inisiatif untuk mengembangkan lagi ekonomi Islam, konsep wakaf akan diperluas sebagai strategi mempelbagaikan sumber kewangan untuk membiayai perniagaan dan meningkatkan ekuiti Bumiputera.

“Dalam hubungan ini, lebih banyak instrumen wakaf akan diperkenalkan, termasuk mewujudkan satu dana wakaf di peringkat nasional bagi menggembleng lebih banyak sumber untuk keusahawanan dan membiayai program pembangunan sosioekonomi. Pelan Induk Wakaf Nasional akan diwujudkan bagi memastikan pengurusan wakaf yang lebih cekap,” katanya.

Bagaimanapun, kata Ismail Sabri, dari segi pemilikan ekuiti korporat Bumiputera masih belum mencapai sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus.

“Pada hari ini, saya ingin berkongsi status pemilikan ekuiti sektor korporat berasaskan nilai pasaran bagi tahun 2019 seperti pegangan Bumiputera hanya mencapai 17.2 peratus; bukan Bumiputera 25.0 peratus; asing 45.5 peratus; dan nomini 12.3 peratus.

“Bagi memastikan pemilikan ekuiti Bumiputera yang mampan, kerangka jaringan keselamatan ekuiti akan diperkenalkan supaya penjualan saham atau syarikat Bumiputera hanya ditawarkan dan dijual kepada konsortium, syarikat atau individu Bumiputera lain.

“Di samping itu,  pegangan dan pelupusan pemilikan oleh syarikat Bumiputera akan dikawal selia oleh kementerian dan agensi berkaitan selaku pengawal selia sektor,” katanya.

Dalam usaha menyelaras semua inisiatif ini katanya lagi, Bahagian Kemakmuran Bumiputera dengan mandat dan fungsi yang lebih jelas akan diwujudkan semula melalui penugasan semula pegawai di setiap kementerian dan agensi kerajaan.

“Langkah ini adalah bagi menambah baik tadbir urus pelaksanaan agenda Bumiputera. Satu rangka kerja tindakan pembangunan Bumiputera akan diumumkan pada penghujung tahun ini. Ia memperincikan beberapa inisiatif utama dalam merealisasikan aspirasi bagi meningkatkan status sosioekonomi Bumiputera,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.