nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan Perkenal Pelan Strategik Tangani Isu Pasaran Buruh

27 SEPT: Kerajaan akan memperkenalkan Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2021-2025  bagi menangani isu ketidakpadanan dalam pasaran buruh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan juga akan memperkenalkan ‘Job Creation Strategic Plan 2021-2023’ untuk membolehkan negara menyediakan tenaga kerja berdaya tahan dan berkemahiran tinggi yang diperlukan oleh industri.

Pelaksanaan dua pelan berkenaan menurutnya akan memastikan rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada pewujudan peluang pekerjaan yang baharu.

“Dalam RMKe-12, Kerajaan akan memastikan lebih banyak pekerjaan yang berkemahiran tinggi diwujudkan melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif termasuk menarik lebih banyak pelaburan baharu yang berteknologi tinggi; menggalakkan industri beralih kepada automasi dan mekanisasi.

“Kerajaan juga komited untuk menghadkan kemasukan pekerja asing berkemahiran rendah dan memperkukuh kolaborasi antara industri dan akademia,”  ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) di Parlimen hari ini.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Mengulas lanjut, Ismail Sabri menjelaskan untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, pembangunan bakat amat penting. Oleh itu, sistem pendidikan perlu mengeluarkan modal insan berkualiti dan berkemahiran tinggi bagi memenuhi kehendak industri.

Kata Ismail Sabri lagi, tumpuan juga akan diberikan untuk menambah baik seluruh sistem pendidikan negara, serta menangani isu ketidakpadanan dalam pasaran pekerjaan.

“Bagi menambah baik sistem pendidikan negara, langkah utama yang akan dilaksanakan adalah termasuk pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) akan diperkukuh bagi menyediakan murid dengan perubahan teknologi termasuk 4IR,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan berusaha untuk meningkatkan keselesaan dan persekitaran sekolah menerusi penggantian 148 bangunan daif dengan kos berjumlah RM1.6 bilion pada tahun 2021 dan 2022.

Mengulas lanjut, kerajaan menurutnya juga akan memperuntukan RM848 juta bagi membina empat kompleks sekolah dan lima sekolah baharu, dalam RMK-12.

Beliau berkata, Program TVET akan diperkasa dengan menambah baik ekosistem, meningkatkan kualiti program melalui akreditasi, pengiktirafan dan pensijilan badan bertaraf antarabangsa serta memperkenalkan sistem penarafan institusi TVET.

“Kerajaan juga akan mewujudkan platform berpusat bagi data penawaran dan permintaan TVET akan dibangunkan

“Sistem pendidikan tinggi yang lebih fleksibel akan diwujudkan dan kerjasama dengan industri dipertingkat bagi menambah baik kualiti graduan dan memenuhi keperluan industri,” katanya.

Katanya, kerajaan juga akan melancarkan pelan pendidikan digital pada peringkat sekolah dan pengajian tinggi akan diperkenalkan bagi memastikan akses yang lebih luas kepada pendidikan yang berkualiti dan menaik taraf kemudahan beberapa universiti awam, antaranya UiTM, UKM, UM, USM dan UUM.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.