nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Penekanan pembangunan luar bandar tepat pada masanya

27 SEPT : Penekanan terhadap pembangunan luar bandar oleh Perdana Menteri dalam pembentangan Rancangan Makaysia Ke-12 (RMK-12), amat bersesuaian dengan falsafah Keluarga Malaysia yang diperkenalkannya.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tumpuan terhadap kawasan luar bandar itu juga disifatkan tepat pada masanya untuk kesejahteraan masyarakat luar bandar.

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab mengenai soal luar bandar, saya ingin menyatakan bahawa Perdana Menteri membuat pembentangan yang sangat komprehensif untuk RMKe-12.

“Dalam pembentangannya, beliau memberi keutamaan berkaitan pembangunan luar bandar seperti pendigitalan, peluang pekerjaan dan perubahan iklim,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Mahdzir berkata, antara yang ditekankan Perdana Menteri ialah mengenai merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar dengan menaik taraf Pusat Internet Desa serta Pusat Komuniti Desa sebagai Pusat Digital Keluarga Malaysia.

Datuk Seri Mahdzir Khalid

Menerusinya, ia membolehkan pelbagai latihan kemahiran dapat dilaksanakan selain memperkenalkan perkhidmatan e-dagang di kawasan luar bandar.

“Saya amat mengalu-alukan program ini kerana kita tahu tidak semua tempat mempunyai capaian internet berkelajuan 100 megabait sesaat (Mbps).

“Kebanyakan kawasan di kampung berada pada paras 20 hingga 30 Mbps sahaja,” katanya.

Ditanya mengenai perancangan untuk memastikan semua peruntukan sampai kepada kumpulan sasar, perkara itu katanya antara yang akan diberi keutamaan.

“Kita perlu ada ‘taskforce’ yang mencukupi untuk bergerak. Kita ambil projek bekalan air luar bandar sebagai contoh, jika melalui proses normal, mungkin akan lambat (pelaksanaan projek).

“Sebab itu kerajaan Pusat perlu juga berunding dengan kerajaan negeri kerana ada projek tertentu yang diluluskan di peringkat kerajaan negeri. Ini bermakna kerajaan negeri pun kena bantu untuk memastikan projek terbabit berjalan,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menyambut baik penekanan aspek sekuriti makanan yang telah diberikan keutamaan yang dalam RMKe-12 bagi meningkatkan keupayaan sektor agromakanan sebagai suatu industri yang mampan, berdaya tahan dan berteknologi tinggi.

Menterinya Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, elemen jaminan sekuriti makanan negara merupakan prioriti MAFI  dalam usaha meningkatkan ketersediaan makanan negara dan telah dijajarkan dalam dokumen dasar utama Kementerian iaitu Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) dan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara (DSMN) 2021-2025.

MAFI akan terus merancakkan usaha penerimagunaan teknologi moden dan 4IR merangkumi analisis data raya (BDA), kecerdasan buatan (AI), internet of things (IoT) serta peralatan tepat seperti dron, robotik dan sensor dalam sektor pertanian bagi mempercepat transformasi sektor pertanian kepada sektor yang moden, dinamik dan berdaya saing yang disokong oleh R&D&C&I secara luas seperti yang digariskan dalam RMKe-12.

“Saya bersama #TeamMAFI komited untuk melaksanakan semua strategi-strategi yang telah digariskan dibawah RMKe-12 bagi mencapai sasaran-sasaran yang telah ditetapkan.

“Ia adalah sejajar dengan usaha MAFI bagi meningkatkan pertumbuhan dan memodenkan aktiviti pertanian di sepanjang rantaian nilai sekaligus meningkatkan pendapatan golongan petani, nelayan, penternak, agropeneur dan pekebun kecil sektor agromakanan,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.