28 SEPT : Sebanyak 11,332 kes positif COVID-19 baharu dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan wabak itu mencecah 2,220,526 kes setakat ini.
Berbanding semalam, kes positif harian yang dikesan hari ini kembali meningkat melebihi paras 10,000 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menerusi hantaran terbaharu di Facebook rasminya berkata, daripada jumlah kes yang dilaporkan hari ini, sebanyak 2,358 direkodkan di Sarawak.
Ia diikuti dengan Johor dengan sebanyak 1,319 kes, Selangor 1,231; Kelantan 1,088; Sabah (965); Pulau Pinang (895); Kedah 819; Perak 678; Pahang 677; Terengganu 629; Melaka 303; Kuala Lumpur 240 dan Negeri Sembilan sebanyak 89.
Manakala tiga negeri yang mencatatkan kes terendah ialah Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak 3 kes berbanding sifar kes semalam, Putrajaya sebanyak 13 kes dan Perlis sebanyak 19 kes.