28 SEPT : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Segambut semalam menyampaikan sumbangan zakat kepada golongan asnaf dan ibu-ibu tunggal terpilih dalam bentuk pemberian khas one-off sebanyak RM100 bagi 70 orang penerima dan Bantuan Bakul Makanan Prihatin Negara.
Seramai 100 orang penduduk dari Taman City Kanan, Kg Sg Udang, Segambut Tengah, Kg Sg Penchala dan Bandar Manjalara Parlimen Segambut menerima bantuan tersebut melalui Program Misi Wanita Prihatin anjuran Biro Srikandi Muda Segambut.
Ketua Bahagian BERSATU Segambut, Mahathir Mohd Rais berkata, program ini merupakan satu iniasiatif untuk memberi bantuan dan sumbangan bagi membantu golongan memerlukan dan kurang berkemampuan yang terkesan susulan pandemik COVID-19.
“Kita berharap semoga bantuan ini dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung dan membantu keperluan sara hidup mereka yang kurang benasib baik ini,” ujarnya.
Dalam program tersebut, hanya 20 orang Ahli Jawatankuasa Bahagian dibenarkan terlibat bagi memastikan penjagaan SOP dan penjarakan fizikal sepanjang program tersebut dipatuhi.