29 SEPT : 24 tahanan terbunuh dan 42 yang lain cedera dalam satu pertempuran bersenjata di penjara Ecuador di Guayaquil semalam.
Menurut kenyataan polis, rusuhan terbabit melibatkan senjata api dan bom tangan menyebabkan sejumlah banduan tersebut mati akibat ditembak dan terkena letupan bom tangan.
Sistem penjara Ecuador mempunyai kira-kira 60 kemudahan yang direka untuk memuatkan 29,000 tahanan, tetapi dibebani oleh jumlah tahanan yang berlebihan serta kekurangan kakitangan.
Tahanan yang dikaitkan dengan kumpulan dadah Mexico sering bertempur sesama sendiri di penjara negara itu.
Guayaquil, bandar pelabuhan utama Ecuador, adalah hab utama penghantaran kokain Amerika Selatan ke arah utara, terutamanya ke Amerika Syarikat.
Julai lalu, seramai 27 tahanan terbunuh dalam rusuhan penjara di dua penjara yang memaksa kerajaan mengisytiharkan keadaan darurat.