29 SEPT : Sebanyak 12,434 kes baharu positif COVID-19 direkodkan hari ini memperlihatkan angka kes harian meningkat semula berbanding semalam.
Dengan angka kes terbaharu hari ini, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di negara ini terus meningkat ke angka 2,232,960 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menerusi laman Facebooknya memaklumkan, Sarawak masih kekal sebagai penyumbang tertinggi kes harian dengan 2,967 kes baharu, disusuli Selangor (1,362).
Tambah beliau, tiga negeri mencatat kes 1,000 dan ke atas hari ini, ialah Johor sebanyak 1,289 kes, Kelantan sebanyak 1,125 kes dan Sabah 1,000 kes.
Negeri-negeri lain yang merekodkan kenaikan jangkitan baharu ialah Perak (971), Pulau Pinang (863), Pahang (663), Kedah (652), Terengganu (612), Melaka (375), Kuala Lumpur (284), Negeri Sembilan (169), Perlis (79), Putrajaya (18) dan Labuan (5).