29 SEPT: Hampir 600 pekerja Syarikat penerbangan United Airlines akan dipecat berikutan enggan mematuhi arahan mendapatkan suntikan vaksin COVIDd-19.
Pada Ogos lalu, United Arlines mengumumkan semua pekerja Amerika Syarikat (AS) yang bekerja dengan syarikat itu perlu mendapatkan vaksin.
Syarikat penerbangan itu mempunyai 67,000 tenaga kerja dan setakat ini, terdapat seramai 593 pekerja syarikat itu yang enggan untuk divaksin.
Pegawai di syarikat itu dalam kenyataan semalam berkata, kira-kira 2,000 lagi pekerja syarikat tersebut meminta dikecualikan daripada arahan berkenaan atas sebab-sebab kesihatan dan keagamaan.
Pekerja itu juga perlu memuat naik kad vaksin mereka ke dalam sistem syarikat penerbangan tersebut.
Lebih 99 peratus kakitangan AS yang bekerja dengan syarikat itu mematuhi arahan tersebut, menurut memo daripada Presiden Eksekutif United Arlines, Brett Hart dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan, Scott Kirby.