nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dakwaan mahkamah, mungkin dilarang hadir sidang dewan

30 SEPT: Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara yang didakwa di mahkamah mungkin tidak akan dibenarkan menyertai persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara sehingga kes mereka selesai.

Perkara itu adalah antara cadangan dikemukakan Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang terkandung dalam draf Rang Undang-Undang dan Memorandum Jemaah Menteri mengenai Transformasi Parlimen.

Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim berkata, kedua-dua Dewan juga sedang meneliti untuk menggubal sebuah kod etika khas bagi Ahli Parlimen.

Bagaimanapun, Rais berkata cadangan ini masih di peringkat awal dan akan dibincangkan dengan pelbagai pihak termasuk ahli-ahli Parlimen, Senator, pihak berkepentingan serta Jabatan Peguam Negara.

“Segala transformasi yang sedang rancak diusahakan ini adalah selari dengan Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani di antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan pada 13 September 2021, yang antara lain adalah memberi fokus kepada transformasi Parlimen itu sendiri.

“Sehubungan itu, satu interaksi dan taklimat khas mengenai perincian transformasi Parlimen ini akan dibuat kepada semua Ahli Dewan Rakyat dan para Senator dalam masa terdekat bagi memastikan usaha murni ini dapat dihayati dan dilunaskan dengan sebaik mungkin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan beliau mewakili Dewan Negara dan Dewan Rakyat selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Transformasi Parlimen bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Kuala Lumpur hari ini.

Rais menjelaskan, Wan Junaidi juga sudah menyatakan pendirian menyokong penuh langkah meminda dan memperkasakan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 serta mengembalikan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963.

Beliau berkata pindaan berkenaan diharap dapat merealisasikan konsep pengasingan kuasa antara legislatif dan eksekutif sepertimana termaktub dalam Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan.

“Langkah meminda, memperkasa dan mengembalikan semula kedua-dua akta ini akan menyaksikan Parlimen tidak tertakluk lagi di bawah kuasa eksekutif serta membolehkan beberapa Jawatankuasa Pilihan Khas baharu yang mempunyai kuasa perundangan diwujudkan dalam masa terdekat,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin; Ketua Pentadbir Parlimen, Nor Yahati Awang serta kedua-dua Setiausaha Dewan Negara dan Rakyat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.