30 SEPT : Lima negeri mencatatkan peningkatan kes jangkitan harian melebihi empat angka hari ini di mana Sarawak kekal sebagai negeri tertinggi iaitu sebanyak 2,467 kes.
Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, empat negeri lain yang mencatatkan pertambahan kes melepasi angka 1,000 itu ialah Selangor dengan 1,940 kes baharu, diikuti Johor sebanyak 1,241, Kelantan sebanyak 1,232 dan Kedah sebanyak 1,033.
“Manakala sebanyak 12,735 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti virus berkenaan mencecah 2,245,695 kes,” katanya menerusi hantaran terbaharu di Facebook rasminya.
Negeri-negeri yang mencatatkan kes di bawah empat angka pula ialah Sabah (993), Perak (913), Pulau Pinang (763), Terengganu (726), Pahang (697), Kuala Lumpur (258), Melaka (194), Negeri Sembilan (132), Perlis (97), Putrajaya (28) dan Labuan (satu).