30 SEPT : Kerajaan Hamas di Gaza akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pekerja kerajaan yang tidak mematuhi peraturan berkaitan vaksinasi.
Ketua Pejabat Media Hamas, Salama Maruf berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan setiap pekerja mematuhi peraturan vaksinasi.
“Antara undang- undang itu termasuklah pekerja yang tidak disuntik vaksin COVID-19, tidak akan menerima bayaran gaji apabila mengambil cuti sakit (MC),” tegasnya.
Hamas kini dalam usaha untuk memberi vaksin kepada dua juta penduduk Palestin, di mana kes COVID-19 di Gaza mencatatkan 168,000 kes manakala kematian pula sebanyak 1,375 kes.
Sementara itu, peraturan hampir serupa turut dilaksanakan terhadap kakitangan kerajaan yang tidak divaksin di Tebing Barat, kawasan ditadbir Pihak Berkuasa Palestin beberapa minggu lalu.