1 OKT : Sebanyak 11,889 kes baharu Covid-19 direkodkan pada hari ini, menurun sedikit berbanding 12,735 kes pada Khamis.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kes positif COVID-19 direkodkan di Malaysia setakat ini sebanyak 2,257,584 kes.
Menurut beliau, Sarawak masih lagi mencatatkan bilangan kes harian tertinggi sebanyak 2,413 kes, disusuli Selangor dengan 1,568 kes positif baharu dan Johor dengan 1,217 kes.
“Negeri lain turut mencatatkan peningkatan kes iaitu Perak (959); Sabah (872); Kelantan (858); Pahang (831); Pulau Pinang (779); Kedah (710); Terengganu (699) dan Melaka (378)
“Manakala Kuala Lumpur (289); Negeri Sembilan (197); Perlis (81); Putrajaya (36) dan Labuan dengan dua kes baharu,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.