1 OKT : Korea Utara menguji sebuah peluru berpandu antipesawat yang baharu semalam, antara ujian peluru berpandu terkini sejak kebelakangan ini.
Ujian itu menyusuli siri pelancaran senjata, termasuk satu pada minggu ini yang didakwa negara bersenjata nuklear terbabit sebagai peluru berpandu luncur hipersonik yang mampu terbang pada kadar lima kali kelajuan bunyi.
Pelancaran ujian berkenaan mencetuskan kegusaran antarabangsa, dengan Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis.
Pada awal bulan lalu, Pyongyang mengumumkan kejayaannya melancarkan peluru berpandu layar jarak jauh, selepas mengadakan satu perarakan ketenteraan.
Program senjata nuklear dan peluru berpandu balistik Korea Utara sudah diharamkan bawah resolusi Majlis Keselamatan PBB, sekali gus menyaksikan pelbagai sekatan antarabangsa dikenakan ke atas negara itu.
Namun, Korea Utara masih belum menunjukkan sebarang kesediaan untuk ‘melepaskan’ senjatanya yang didakwa diperlukan untuk mempertahankan negara itu daripada pencerobohan AS, iaitu sekutu kepada Korea Selatan.
Washington dan Seoul merupakan sekutu keselamatan, dengan AS menempatkan kira-kira 28,500 tentera di Korea Selatan bagi melindunginya daripada negara jiran.