Tiada lokaliti baharu dikenakan PKPD
1 OKT: Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md. Saad, mengesahkan tiada lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, Rodzi kata beliau berdasarkan, penilaian risiko dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM) hanya dua lokaliti masing-masing satu di Pahang dan satu Sabah bakal dilanjutkan serta ditamatkan PKPD.
Katanya, lokaliti yang dilanjutkan ialah Kampung Sungai Padi dalam Mukim Telang, Lipis, Pahang selama dua minggu lagi dari 3 hingga 16 Oktober ini, manakala Kampung Air di Beluran, Sabah ditamatkan PKPD bermula esok.
Kata beliau, dua lokaliti yang dilanjut dan ditamatkan itu dilakukan selepas kerajaan meneliti analisa oleh KKM mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19.