nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

93 individu berjaya terima biasiswa TNB

2 OKT: Yayasan Tenaga Nasional (YTN) menerima lebih 8,000 permohonan untuk mendapatkan kemudahan biasiswa YTN pada 2021, namun hanya 93 pemohon yang berjaya.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata daripada 93 pemohon yang berjaya mendapat biasiswa berkenaan termasuklah 20 pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.

“Alhamdulillah, sekali lagi dijodohkan dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) apabila dijemput untuk menyempurnakan Penganugerahan Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional (YTN) bagi tahun 2021 di ILSAS, Bangi, Selangor.

“Syabas diucapkan buat semua pelajar yang berjaya serta ibu bapa atas kejayaan anak-anak semua. Menduduki peperiksaan besar seumpama Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2020 sama sekali tidak seperti calon-calon SPM sebelumnya.

“Pada ketika dunia sedang berhadapan dengan pandemik COVID-19 yang amat mencabar, Alhamdulillah berkat usaha anak-anak dan para guru seiring dengan doa ibu bapa, kejayaan cemerlang mengiringi penat jerih yang ditabur.

“Lebih daripada 8,000 permohonan yang diterima, hanya 93 daripadanya berjaya menerima tawaran biasiswa YTN yang ditawarkan; iaitu 20 pelajar ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara manakala selebihnya pula ialah mereka yang belajar di universiti tempatan,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya sebentar tadi.

Takiyuddin berkata beliau berharap peluang yang diberi tidak disia-siakan oleh semua penerima biasiswa YTN bagi mencipta kejayaan untuk masa depan dan seluruh keluarga.

“Semoga terus tekun dan bersungguh-sungguh semasa berada di kampus untuk mencapai kecemerlangan dalam ilmu serta bidang yang diceburi.

“Bagi pihak kerajaan, setinggi-tinggi terima kasih kepada TNB menerusi YTN yang telah membelanjakan sebanyak RM426 juta dalam tempoh regulatory period (RP2) sejak 2018 hingga Julai 2021 untuk pembiayaan Pendidikan dan dermasiswa My Brighter Future.

“Jumlah yang diterima oleh setiap pelajar adalah nikmat yang sangat besar dan seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya.

“Langkah TNB yang sentiasa bersama rakyat adalah usaha murni dan merupakan manifestasi hubungan bermakna rakyat bersama TNB.

“Tahniah anak-anak, teruskan usaha harumkan nama baik keluarga,” katanya.

Berikutan itu, Takiyuddin mengucapkan terima kasih Presiden/CEO TNB Datuk Baharin Din, Pengarah YTN Datuk Ir Dr Ibrahim Hussein, serta Pengurusan dan pegawai TNB, YTN dan semua pihak terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.