2 OKT: Kerajaan Arab Saudi menguatkuasakan peraturan mewajibkan pengguna pengangkutan awam melengkapkan vaksin COVID-19 berkuat kuasa pada 10 Oktober ini.
Arab News melaporkan individu yang belum melengkapkan dua dos vaksin juga tidak dibenarkan menyertai aktiviti ekonomi, komersial, kebudayaan, rekreasi, sukan dan pelancongan.
Larangan memasuki premis kerajaan dan persendirian juga dikenakan kepada individu yang belum melengkapkan dua dos vaksin.
Arab Saudi merekodkan tiga kes kematian akibat COVID-19 dan 45 kes baharu semalam.
Jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 536,226 selepas 48 pesakit sembuh.
Sehingga kini negara itu merekodkan 8,719 kes kematian.