2 OKT: Kes harian COVID-19 merekodkan penurunan hari ini dengan 10,915 berbanding 11,889 semalam menjadikan keseluruhan sebanyak 2,268,499 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Sarawak kekal mencatat kes tertinggi dengan 2,121 kes diikuti Selangor (1,386) dan Kelantan (1,288).
“Sabah merekodkan 784 kes, Johor (1,124), Kuala Lumpur (171), Kedah (574), Pulau Pinang (768) dan Perak (862).
“Selain itu, Negeri Sembilan mencatat 211 kes, Pahang (504), Melaka (216), Terengganu (818), Labuan (empat), Putrajaya (26) dan Perlis (58),” katanya dalam kenyataan menerusi media sosial, hari ini.